Yehezkiel 48:23-27-35 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Bahagian tanah yang selanjutnya harus diasingkan untuk kegunaan yang tertentu. Panjangnya harus 12.5 kilometer dari sempadan utara ke selatan. Sempadan timur dan barat harus sama panjangnya dengan bahagian-bahagian yang diberikan kepada suku-suku lain. Rumah TUHAN akan dibina di bahagian ini.

9. Di pusat bahagian ini, sebuah kawasan seluas 12.5 kilometer panjang dan 10 kilometer lebar, dikhaskan untuk TUHAN.

23-27. Tanah di sebelah selatan kawasan yang dikhaskan itu, iaitu dari sempadan timur sampai ke Laut Tengah di sebelah barat, hendaklah dibahagikan kepada suku yang selebihnya menurut susunan ini dari utara ke selatan:BenyaminSimeonIsakharZebulonGad

28. Di sebelah selatan tanah Gad terdapat sempadan yang bermula dari kota Tamar ke mata air Kades-Meriba, lalu ke barat laut sepanjang sempadan negeri Mesir sampai ke Laut Tengah.

29. TUHAN Raja berfirman, “Demikianlah tanah itu harus dibahagikan kepada suku-suku Israel untuk menjadi milik mereka.”

30-34. Kota Yerusalem mempunyai dua belas pintu gerbang. Setiap empat tembok kota itu berukuran 2.25 kilometer dan mempunyai tiga pintu gerbang, yang dinamakan menurut nama suku-suku Israel. Pintu gerbang di tembok utara diberikan nama Ruben, Yehuda, dan Lewi; yang di tembok timur diberikan nama Yusuf, Benyamin, dan Dan; yang di tembok selatan diberikan nama Simeon, Isakhar dan Zebulon; dan yang di tembok barat diberikan nama Gad, Asyer, dan Naftali.

35. Seluruh tembok itu panjangnya 9 kilometer. Mulai sekarang kota itu dinamakan, “TUHAN Ada Di Sini!”

Yehezkiel 48