Yehezkiel 42:4-13 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. Di sebelah utara bangunan itu ada sebuah lorong; lebarnya 5 meter dan panjangnya 50 meter. Pintu-pintu bangunan itu menghadap ke sebelah utara.

5. Bilik-bilik di tingkat atas lebih kecil daripada yang di tingkat tengah dan tingkat bawah, kerana lorong-lorongnya lebih lebar daripada yang ada di bawahnya.

6. Bilik-bilik itu bertingkat tiga dan tidak ditunjang oleh tiang seperti bangunan lain di halaman itu.

11. Di depan bilik-biliknya terdapat juga lorong seperti yang di sebelah utara. Ukurannya sama, rekabentuknya sama, dan pintu-pintu masuknya pun sama.

12. Di bawah bilik-bilik di sebelah selatan bangunan itu, iaitu di hujung sebelah timur pada pangkal tembok, ada juga sebuah pintu.

13. Lelaki itu berkata kepadaku, “Kedua-dua buah bangunan ini suci. Di sinilah para imam yang menghadap TUHAN makan persembahan yang paling suci. Oleh sebab bilik-bilik itu suci, para imam akan meletakkan persembahan yang paling suci di situ: korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, korban untuk mengampunkan dosa, dan korban untuk membayar ganti rugi.

Yehezkiel 42