20. Pada meja-Ku burung dan binatang itu akan mengenyangkan perut dengan memakan kuda serta penunggang kuda, askar dan pejuang. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.”
21. TUHAN berfirman, “Aku akan menunjukkan kemuliaan-Ku kepada bangsa-bangsa, dan mereka akan melihat Aku menggunakan kuasa-Ku untuk melaksanakan keputusan-Ku yang adil.
22. Mulai saat itu Israel akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allah mereka.