22. Lalu Aku akan menghukum dia dengan wabak dan pertumpahan darah. Hujan lebat, hujan batu, api, dan belerang akan menimpa dia dan tenteranya, serta bangsa-bangsa yang memihaknya.
23. Dengan cara itu Aku akan menunjukkan kebesaran dan kesucian-Ku kepada semua bangsa. Barulah mereka tahu bahawa Akulah TUHAN.”