Yehezkiel 37:24-28 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

24. Seorang raja seperti Daud, hamba-Ku, akan menjadi raja mereka. Mereka akan disatukan di bawah seorang penguasa dan mereka akan mentaati hukum-Ku dengan setia.

25. Mereka akan tinggal di negeri yang Kuberikan kepada Yakub, hamba-Ku, di negeri tempat kediaman nenek moyang mereka. Mereka serta keturunan mereka akan tinggal di sana selama-lamanya. Seorang raja seperti Daud, hamba-Ku, akan memerintah mereka selama-lamanya.

26. Aku akan membuat perjanjian dengan mereka, dan perjanjian itu akan menjamin keselamatan mereka selama-lamanya. Aku akan memberkati mereka dan menambah bilangan mereka. Aku akan membina Rumah-Ku, yang akan tetap di negeri mereka selama-lamanya.

27. Aku akan tinggal bersama-sama mereka. Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka menjadi umat-Ku.

28. Apabila Aku menempatkan Rumah-Ku di tengah-tengah mereka untuk selama-lamanya, barulah bangsa-bangsa akan tahu bahawa Aku, TUHAN, telah memilih Israel sebagai umat-Ku sendiri.”

Yehezkiel 37