Yehezkiel 35:5-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Kamu sentiasa memusuhi umat Israel. Kamu membiarkan mereka dibantai pada waktu mereka ditimpa bencana sebagai hukuman terakhir bagi dosa mereka.

6. Oleh itu, Aku, Allah yang hidup, TUHAN Raja, bersumpah bahawa kamu akan mati dan kamu tidak akan terlepas daripadanya. Kamu bersalah kerana melakukan pembunuhan, oleh itu pembunuhan pun akan mengejar kamu.

7. Aku akan menjadikan perbukitan Edom lengang, dan membunuh sesiapa sahaja yang lalu di sana.

8. Bukit-bukitnya akan Aku liputi dengan mayat, dan lembah-lembah akan Aku penuhi dengan mayat orang yang gugur dalam peperangan.

Yehezkiel 35