25. Elam berbaring bersama-sama mereka yang terbunuh dalam peperangan, dikelilingi oleh kubur-kubur askarnya. Mereka semua tidak mengenal Allah. Semuanya gugur dalam peperangan. Semasa hidup, mereka menimbulkan ketakutan antara semua orang, tetapi sekarang mereka mati dan menanggung malu bersama-sama orang yang gugur dalam peperangan.
26. Mesekh dan Tubal berada di sana, di kelilingi oleh kubur-kubur askar mereka. Mereka semua tidak mengenal Allah, dan mereka semua gugur dalam peperangan. Namun pada suatu masa dahulu mereka menakutkan orang yang hidup.
27. Mereka tidak diberikan penguburan yang terhormat seperti pahlawan pada zaman purba yang dikebumikan lengkap dengan pedang di bawah kepala dan perisai di atas dada. Semasa hidup, pahlawan-pahlawan itu sungguh perkasa sehingga menakutkan orang hidup.
28. Demikianlah orang Mesir akan hancur dan dibaringkan bersama-sama orang yang tidak mengenal Allah, yang gugur dalam peperangan.