16. Apabila Aku menurunkan pokok itu ke dunia orang mati, bunyi kejatuhannya akan menggegarkan bangsa-bangsa. Semua pokok di Eden dan semua pokok terbaik di Lebanon yang mendapat air berlimpah-limpah, yang sudah turun ke dunia di bawah akan bersukacita kerana kejatuhannya.
17. Semua pokok akan mengiringinya ke dunia orang mati untuk menyertai pokok-pokok yang telah jatuh terlebih dahulu. Semua yang bernaung di bawah pokok itu akan tercerai-cerai antara bangsa-bangsa.
18. Pokok itu melambangkan raja Mesir dan rakyatnya. Tiada pokok di Eden yang begitu tinggi dan mulia. Tetapi sekarang, seperti pokok-pokok di Eden, pokok itu akan turun ke dunia orang mati dan tinggal dengan mereka yang tidak mengenal Allah serta dengan mereka yang terbunuh dalam peperangan. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.”