6. dan dengan pedang, mereka akan membunuh penduduk di kota-kota di daratan Tirus. Maka Tirus akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”
7. TUHAN Raja berfirman, “Aku akan menyebabkan Raja Nebukadnezar dari Babilonia menyerang Tirus. Raja yang paling kuat itu akan datang dari utara dengan pasukan tentera yang sungguh besar, dengan banyak kuda, kereta kuda, dan pasukan berkuda.
8. Penduduk kota-kota di daratan akan dibunuh dalam peperangan. Musuh akan menggali parit, membina tembok pengepungan, dan menyusun perisai sebagai kubu yang kukuh untuk menentang kamu.
9. Mereka akan memecah tembok-tembok kamu dengan kayu pelantak, dan merobohkan menara-menara kamu dengan batang besi.
10. Kuda mereka sangat banyak sehingga menyebabkan debu berterbangan dan meliputi kamu. Derap daripada pasukan berkuda dan kereta kuda akan menggegarkan tembok kota kamu ketika mereka lalu di pintu gerbang dan memasuki kota yang runtuh itu.
11. Pasukan berkuda itu akan menyerbu jalan-jalan kamu, sambil membunuh penduduk kamu dengan pedang. Tugu-tugu kamu yang besar itu akan dirobohkan.
12. Musuh akan merampas kekayaan dan barangan perniagaan kamu. Mereka akan merobohkan tembok-tembok dan menghancurkan rumah-rumah mewah kamu. Mereka akan membuang segala batu, kayu, dan runtuhan batu ke dalam laut.
13. Aku akan menghentikan nyanyian kamu dan muzik kecapi kamu.
14. Aku akan meninggalkan sebuah batu sahaja untuk para nelayan menjemur jala. Kota itu tidak akan dibina lagi. Aku, TUHAN Raja telah berfirman.”
15. TUHAN Raja berfirman kepada kota Tirus, “ Apabila kamu ditaklukkan kelak, orang yang tinggal di sepanjang pantai akan ketakutan kerana mendengar teriakan orang yang dibantai.
16. Semua raja bangsa-bangsa di tepi pantai akan turun dari takhta mereka. Mereka akan menanggalkan jubah dan pakaian yang bersulam lalu duduk dengan gementar di tanah. Mereka akan sangat ketakutan melihat kesudahan kamu sehingga mereka tidak berhenti-henti gementar.
17. Lalu mereka akan menyanyikan lagu ratapan ini bagi kamu:Kota kenamaan itu sudah musnah!Kapal-kapalnya disapu dari lautan.Dahulu penduduknya menguasai laut, dan menakutkan semua penduduk pantai.