Yehezkiel 25:1-6 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. TUHAN berfirman kepadaku,

2. “Hai manusia fana, kecamlah negeri Amon.

3. Suruhlah bangsa itu mendengar apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada mereka, ‘Kamu bersukacita ketika melihat Rumah-Ku dinajiskan, negeri Israel dimusnahkan, dan penduduk Yehuda dibuang negeri.

4. Oleh itu Aku akan membiarkan kamu dikalahkan oleh suku-suku dari gurun di sebelah timur. Mereka akan mendirikan perkhemahan di negeri kamu dan menetap di situ. Mereka akan makan buah-buahan dan minum susu ternakan kamu.

5. Aku akan menjadikan kota Raba tempat menggembalakan unta, dan seluruh negeri Amon tempat menggembalakan domba, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.’ ”

6. TUHAN Raja berfirman, “Kamu sangat membenci Israel sehingga kamu bertepuk tangan dan menari-nari dengan gembira atas kemusnahan negeri Israel.

Yehezkiel 25