Yehezkiel 23:8-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Dia terus-menerus melacur seperti yang dilakukannya dahulu di Mesir, tempat dia kehilangan keperawanannya. Sejak masa mudanya, orang lelaki tidur dengan dia dan memperlakukannya seperti pelacur.

9. Oleh itu Aku menyerahkan dia kepada kekasihnya, orang Asyur yang sangat diingininya.

10. Mereka menelanjangi dia, merampas anak lelaki dan anak perempuannya, lalu membunuh dia dengan pedang. Nasibnya menjadi buah mulut kaum wanita di merata tempat.

11. Walaupun adiknya, Oholiba nampak hal itu, dia sendiri lebih bernafsu melakukan pelacuran daripada kakaknya.

12. Dia pun berahi terhadap bangsawan dan pegawai tentera negeri Asyur - askar yang berpakaian seragam warna semarak - dan terhadap pasukan berkuda, semuanya pemuda yang kacak.

13. Aku mendapati Oholiba sangat cabul seperti kakaknya.

16. Sebaik sahaja Oholiba melihat gambar itu, berahinya memuncak lalu dia mengirim utusan kepada mereka di Babilonia.

17. Orang Babilonia pun datang dan melakukan hubungan jenis dengan dia. Mereka menodai dia sedemikian rupa sehingga akhirnya dia muak terhadap mereka.

18. Dia mempertontonkan tubuhnya yang telanjang kepada umum sehingga semua orang tahu bahawa dia seorang pelacur. Aku berasa muak terhadapnya, sebagaimana Aku muak terhadap kakaknya.

19. Semakin lama semakin sering dia melacur. Dia berkelakuan seperti waktu mudanya di Mesir.

20. Dia penuh berahi terhadap lelaki yang berhawa nafsu kuat seperti keldai atau kuda jantan.” (

21. Hai Oholiba, engkau ingin mengulangi kecabulanmu pada masa mudamu di Mesir. Di sana kaum lelaki meraba-raba buah dadamu dan engkau hilang keperawananmu.)

22. “Oleh itu, hai Oholiba, dengarlah firman daripada-Ku, TUHAN Raja. Engkau telah jemu dengan kekasih-kekasihmu. Tetapi sekarang Aku akan membuat mereka marah terhadapmu dan mengepungmu.

Yehezkiel 23