31. Engkau mengikut jejak kakakmu; oleh itu engkau harus minum dari cawan yang berisikan hukuman.”
32. TUHAN Raja berfirman,“Engkau harus minum dari cawan kakakmu,cawan yang besar dan dalam.Apabila engkau minum dari cawan yang penuh itu,engkau akan diejek dan diolok oleh semua orang.
33. Engkau akan mabuk dan sengsarakerana cawan itu penuh dengan ketakutan dan kehancuran.Itulah hukuman yang menimpa Samaria, kakakmu.
34. Engkau akan meminumnya sampai habis;lalu engkau akan memecahkan cawan itudan mengelar dadamu dengan pecahan cawan itu.Aku, TUHAN Raja telah berfirman.”
35. Inilah firman TUHAN Raja, “Kerana engkau telah melupakan Aku serta membelakangi Aku, engkau akan menanggung penderitaan akibat nafsu berahi dan pelacuranmu.”
36. TUHAN berfirman kepadaku, “Hai manusia fana, sudahkah engkau bersedia menghakimi Ohola dan Oholiba? Persalahkan mereka kerana melakukan perbuatan yang menjijikkan.
37. Mereka telah berzina dan membunuh orang. Mereka berzina dengan berhala-berhala dan membunuh anak-anak-Ku yang dilahirkan mereka. Mereka mempersembahkan anak-anak-Ku sebagai korban kepada berhala mereka.
38. Bukan itu sahaja. Mereka menajiskan Rumah-Ku dan hari Sabat yang telah Kutetapkan.
39. Mereka membunuh anak-anak-Ku untuk dipersembahkan sebagai korban kepada berhala, dan pada hari itu juga mereka datang ke Rumah-Ku dan mencemarkannya!
40. Mereka bahkan mengirim pesuruh untuk menjemput orang lelaki dari tempat jauh. Apabila lelaki itu datang, kedua-dua adik-beradik itu mandi, bercelak, dan memakai perhiasan.
41. Mereka duduk di bangku panjang yang indah, di hadapan meja yang penuh dengan makanan enak, dan kemenyan serta minyak zaitun yang Aku berikan kepada mereka.
42. Orang lelaki yang dijemput dari padang gurun berkumpul di situ dan terdengar suara mereka bersuka-suka. Mereka mengenakan gelang pada lengan adik-beradik itu, dan memasang mahkota yang cantik pada kepala mereka.
43. Aku perhatikan bahawa semua orang itu masih penuh berahi terhadap wanita yang sudah layu kerana perzinaan.
44. Berkali-kali mereka datang kepada Ohola dan Oholiba, dua orang wanita yang cabul itu.
45. Orang salih akan menyatakan adik-beradik itu bersalah kerana perzinaan dan pembunuhan. Mereka telah berzina dan menumpahkan darah.”