28. Demikianlah TUHAN Raja berfirman, “Aku akan menyerahkan engkau kepada orang yang memuakkan engkau dan yang engkau benci.
29. Kerana mereka pun membenci engkau, mereka akan merampas segala hasil jerih payahmu, lalu membiarkan engkau bogel seperti pelacur. Nafsu berahi dan pelacuranmu
30. telah menyebabkan hal ini berlaku kepadamu. Engkau menjadi pelacur bagi bangsa-bangsa, dan menajiskan dirimu dengan berhala-berhala mereka.
31. Engkau mengikut jejak kakakmu; oleh itu engkau harus minum dari cawan yang berisikan hukuman.”
32. TUHAN Raja berfirman,“Engkau harus minum dari cawan kakakmu,cawan yang besar dan dalam.Apabila engkau minum dari cawan yang penuh itu,engkau akan diejek dan diolok oleh semua orang.
33. Engkau akan mabuk dan sengsarakerana cawan itu penuh dengan ketakutan dan kehancuran.Itulah hukuman yang menimpa Samaria, kakakmu.
34. Engkau akan meminumnya sampai habis;lalu engkau akan memecahkan cawan itudan mengelar dadamu dengan pecahan cawan itu.Aku, TUHAN Raja telah berfirman.”
35. Inilah firman TUHAN Raja, “Kerana engkau telah melupakan Aku serta membelakangi Aku, engkau akan menanggung penderitaan akibat nafsu berahi dan pelacuranmu.”
36. TUHAN berfirman kepadaku, “Hai manusia fana, sudahkah engkau bersedia menghakimi Ohola dan Oholiba? Persalahkan mereka kerana melakukan perbuatan yang menjijikkan.
37. Mereka telah berzina dan membunuh orang. Mereka berzina dengan berhala-berhala dan membunuh anak-anak-Ku yang dilahirkan mereka. Mereka mempersembahkan anak-anak-Ku sebagai korban kepada berhala mereka.
38. Bukan itu sahaja. Mereka menajiskan Rumah-Ku dan hari Sabat yang telah Kutetapkan.
39. Mereka membunuh anak-anak-Ku untuk dipersembahkan sebagai korban kepada berhala, dan pada hari itu juga mereka datang ke Rumah-Ku dan mencemarkannya!
40. Mereka bahkan mengirim pesuruh untuk menjemput orang lelaki dari tempat jauh. Apabila lelaki itu datang, kedua-dua adik-beradik itu mandi, bercelak, dan memakai perhiasan.
41. Mereka duduk di bangku panjang yang indah, di hadapan meja yang penuh dengan makanan enak, dan kemenyan serta minyak zaitun yang Aku berikan kepada mereka.