Yehezkiel 21:1-5 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. TUHAN berfirman kepadaku,

2. “Hai manusia fana, kutuklah Yerusalem! Kutuklah tempat-tempat ibadat penduduknya! Berikanlah amaran kepada setiap orang di Israel,

3. bahawa Aku, TUHAN berfirman: Aku musuh kamu. Aku akan menghunus pedang-Ku dan membunuh kamu semua, yang jahat mahupun yang baik.

4. Aku akan menggunakan pedang-Ku untuk melawan semua orang dari utara sampai ke selatan.

5. Semua orang akan tahu bahawa Aku, TUHAN, telah menghunus pedang dan Aku tidak akan menyarungkannya.

Yehezkiel 21