Yehezkiel 2:6-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. Tetapi engkau, hai manusia fana, janganlah takut kepada mereka atau kepada apa-apa sahaja yang dikatakan mereka. Mereka akan mencabar dan menghina engkau. Engkau akan merasa seperti hidup di tengah-tengah kala jengking. Meskipun demikian, janganlah takut kepada pemberontak itu, atau kepada apa-apa sahaja yang dikatakan mereka.

7. Sampaikanlah firman-Ku kepada mereka, sama ada mereka mendengar ataupun tidak. Ingatlah, mereka semuanya pemberontak.

8. Hai manusia fana, dengarlah firman-Ku. Janganlah memberontak seperti mereka. Bukalah mulutmu dan makanlah apa yang Aku berikan ini.”

9. Kemudian aku melihat tangan yang terhulur ke arahku. Tangan itu memegang sebuah gulungan naskhah.

Yehezkiel 2