Yehezkiel 14:6-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. Oleh itu beritahulah umat Israel bahawa Aku, TUHAN Raja berfirman, ‘Bertaubatlah, dan tinggalkanlah berhala kamu yang menjijikkan itu.’

7. Apabila seorang Israel atau seorang asing yang tinggal dalam masyarakat Israel, berpaling daripada-Ku lalu menyembah berhala, dan kemudian meminta nasihat daripada seorang nabi, Aku, TUHAN akan menjawabnya!

8. Aku akan menentang dia, dan menjadikan dia sebagai amaran. Aku akan membuang dia daripada masyarakat umat-Ku, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.

Yehezkiel 14