16. Demi Aku, TUHAN Raja, Allah yang hidup, sekalipun Nuh, Danel, dan Ayub tinggal di situ, mereka tidak akan dapat menyelamatkan anak mereka sendiri. Hanya mereka sendiri yang selamat. Negeri ini akan menjadi padang gurun.
17. Atau mungkin Aku mendatangkan peperangan ke negeri itu dan mengirimkan senjata untuk membinasakan baik orang mahupun binatang.
18. Demi Aku, TUHAN Raja, Allah yang hidup, sekalipun ketiga-tiga orang itu tinggal di situ, mereka tidak akan dapat menyelamatkan anak mereka sendiri. Hanya mereka sendiri yang selamat.
19. Jika Aku mendatangkan wabak ke negeri itu, baik orang mahupun binatang akan terbunuh kerana Aku sangat murka.