Ulangan 9:27-29 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

27. Ingatlah akan hamba-Mu, Abraham, Ishak, dan Yakub. Jangan pedulikan kedegilan, kejahatan, dan dosa umat ini.

28. Jika Engkau membinasakan mereka, orang Mesir akan berkata bahawa Engkau tidak sanggup membawa umat-Mu ke tanah yang sudah Engkau janjikan kepada mereka. Mereka akan berkata bahawa Engkau membawa umat-Mu keluar ke padang gurun untuk membunuh mereka, kerana Engkau membenci mereka.

29. Bukankah mereka ini umat yang Engkau pilih untuk menjadi umat-Mu sendiri? Merekalah yang Engkau bawa keluar dari Mesir dengan kuasa dan kekuatan-Mu yang besar.’ ”

Ulangan 9