Ulangan 9:24-27 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

24. Sejak aku mengenal kamu, kamu sentiasa memberontak terhadap TUHAN.

25. Oleh itu aku bersujud di hadapan TUHAN selama empat puluh hari dan empat puluh malam, kerana aku tahu bahawa Dia bertekad untuk membinasakan kamu.

26. Kemudian aku berdoa kepada-Nya, ‘Ya TUHAN Raja, jangan binasakan umat-Mu, yang sudah Engkau selamatkan dan bawa keluar dari Mesir dengan kekuatan dan kuasa-Mu yang besar.

27. Ingatlah akan hamba-Mu, Abraham, Ishak, dan Yakub. Jangan pedulikan kedegilan, kejahatan, dan dosa umat ini.

Ulangan 9