Ulangan 9:13-17 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

13. TUHAN berfirman lagi kepadaku, ‘Aku tahu betapa degilnya umat ini.

14. Jangan cuba halang Aku. Aku bercadang untuk membinasakan mereka supaya tidak seorang pun akan ingat pada mereka lagi. Kemudian Aku akan menjadikan engkau bapa suatu bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada mereka.’

15. Kemudian aku turun dari gunung itu sambil membawa dua buah batu tulis yang ditulisi perjanjian itu. Api yang bernyala-nyala kelihatan di gunung itu.

16. Aku melihat betapa cepatnya kamu sudah melanggar hukum yang diberikan TUHAN, Allah kamu, dan aku melihat bahawa kamu sudah berdosa terhadap-Nya. Kamu sudah membuat sebuah berhala daripada logam untuk diri kamu sendiri, iaitu berhala yang berbentuk lembu.

17. Oleh itu, di depan mata kamu, aku membanting dua buah batu tulis itu sehingga pecah berkeping-keping.

Ulangan 9