Ulangan 7:6-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

6. Lakukanlah hal itu, kerana kamu milik TUHAN, Allah kamu. Dari antara semua bangsa di bumi, Dia memilih kamu untuk menjadi umat-Nya yang istimewa.

7. TUHAN mengasihi kamu, dan memilih kamu bukan kerana bilangan kamu lebih besar daripada bangsa-bangsa lain; sebenarnya kamu bangsa yang terkecil di bumi.

8. Tetapi TUHAN mengasihi kamu, dan Dia hendak memenuhi janji yang dibuat-Nya dengan nenek moyang kamu. Itulah sebabnya Dia menyelamatkan kamu dengan kuasa-Nya yang besar, dan membebaskan kamu daripada diperhambakan oleh raja Mesir.

9. Ingatlah bahawa TUHAN, Allah kamu satu-satunya Allah, dan Dia setia. Dia akan menepati perjanjian-Nya dan sentiasa menunjukkan kasih-Nya kepada seribu generasi orang yang mengasihi Dia, dan yang taat kepada hukum-Nya,

10. tetapi Dia tidak akan teragak-agak menghukum orang yang membenci Dia.

Ulangan 7