Ulangan 7:20-23 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

20. Dia akan menimbulkan kecemasan di kalangan mereka, dan membinasakan mereka yang melarikan diri dan pergi bersembunyi.

21. Oleh itu, jangan takut akan bangsa-bangsa itu. TUHAN, Allah kamu menyertai kamu; Dia Allah yang agung, dan yang harus ditakuti.

22. Sedikit demi sedikit TUHAN, Allah kamu akan mengusir bangsa-bangsa itu semasa kamu bergerak maju. Kamu tidak dapat membinasakan mereka dengan sekaligus, kerana jika kamu berbuat demikian, bilangan binatang liar akan meningkat dan menjadi ancaman kepada kamu.

23. TUHAN akan menyerahkan musuh kepada kamu, dan Dia akan menyebabkan mereka cemas sehingga mereka dibinasakan.

Ulangan 7