2. Apabila TUHAN, Allah kamu menyerahkan bangsa-bangsa ini kepada kamu, dan kamu mengalahkan mereka, kamu mesti membunuh mereka semua. Jangan ikat perjanjian dengan mereka, dan jangan kasihani mereka.
3. Jangan berkahwin dengan mereka, dan jangan biar anak-anak kamu berkahwin dengan mereka,
4. kerana mereka akan menjauhkan anak-anak kamu daripada TUHAN, sehingga anak-anak kamu itu menyembah tuhan-tuhan lain. Jika hal itu berlaku, TUHAN akan murka terhadap kamu dan membinasakan kamu dengan serta-merta.