Ulangan 32:9-20 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. tetapi keturunan Yakub dipilih oleh TUHAN untuk diri-Nya sendiri.

10. Dia menjumpai mereka mengembara di padang gurun,padang pasir yang sepi dan terdedah kepada angin.Dia melindungi dan memelihara merekasebagaimana Dia menjaga biji mata-Nya.

11. Sebagaimana burung helang mengajar anaknya terbang,dan menampungnya dengan sayap yang terbentang,demikianlah TUHAN menjaga Israel supaya tidak jatuh.

12. TUHAN sendiri yang memimpin umat-Nya,tanpa dibantu oleh tuhan-tuhan lain.

13. Dia membolehkan mereka memerintah di gunung-gunung,mereka makan hasil tanaman di ladang-ladang.Mereka mendapat madu hutan di bukit batu;pokok zaitun mereka tumbuh subur di tanah yang berbatu.

14. Lembu dan kambing mereka menghasilkan banyak susu;mereka mempunyai domba, kambing, dan lembu yang terbaik,dan juga gandum, serta wain yang terbaik.

15. Umat TUHAN menjadi kaya, tetapi suka memberontak,mereka kenyang dengan makanan, dan mereka gemuk.Mereka meninggalkan Allah, Pencipta mereka,dan menolak Penyelamat mereka yang perkasa.

16. Mereka menyembah berhala, dan menjadikan TUHAN cemburu,mereka melakukan kejahatan, dan menjadikan-Nya murka.

17. Mereka mempersembahkan korban kepada roh-roh jahat, dan bukan kepada Allah,tuhan-tuhan baru yang tidak dikenal oleh nenek moyang mereka,dewa-dewa yang tidak pernah ditaati oleh Israel.

18. Mereka lupa akan Allah, Penyelamat yang perkasa,Dia yang memberi mereka kehidupan.

19. Apabila TUHAN melihat hal itu, Dia murka,anak-anak-Nya lelaki dan perempuan, ditolak oleh-Nya.

20. ‘Aku tidak mahu menolong mereka lagi,’ firman-Nya,‘Aku hendak melihat apa yang akan berlaku kepada mereka,umat yang degil dan tidak setia.

Ulangan 32