28. Israel suatu bangsa yang tidak ada pengetahuan;mereka sama sekali tidak ada kebijaksanaan.
29. Mereka tidak tahu mengapa mereka dikalahkan,mereka tidak dapat memahami apa yang sudah berlaku.
30. Mengapakah seribu orang dikalahkan oleh seorang,dan sepuluh ribu orang dikalahkan hanya oleh dua orang?TUHAN, Allah mereka sudah meninggalkan mereka;Allah mereka yang perkasa sudah menyerahkan mereka kepada musuh.
31. Musuh Israel tahu bahawa pelindung mereka lemah,tidak perkasa seperti Allah, Pelindung Israel.
32. Musuh Israel jahat seperti Sodom dan Gomora,seperti pokok anggur yang pahit dan beracun buahnya,
33. seperti wain yang dibuat daripada racun ular berbisa.
34. TUHAN ingat akan perbuatan musuh umat-Nya;Dia menantikan masa yang tepat untuk menghukum mereka.
35. TUHAN akan membalas dendam dan menghukum mereka;masanya akan tiba apabila mereka jatuh dan binasa,hari kehancuran mereka segera tiba.
36. TUHAN akan menyelamatkan umat-Nyaapabila Dia melihat mereka kehabisan tenaga.Dia akan mengasihani hamba-hamba-Nya,apabila Dia melihat mereka tidak berdaya.
37. Lalu TUHAN akan bertanya kepada umat-Nya,‘Di manakah tuhan-tuhan perkasa yang kamu percayai itu?
38. Kamu mempersembahkan waindan korban terbaik kepada mereka,kamu memberi mereka minum wain.Sekarang biarlah mereka menolong kamu,biarlah mereka menyelamatkan kamu.
39. Akulah satu-satunya Allah;tiada yang lain kecuali Aku.Aku mencabut nyawa, dan Aku memberikan nyawa,Aku melukai orang, dan Aku menyembuhkan orang;tidak seorang pun dapat melawan perbuatan-Ku.
40. Demi Aku sendiri, Allah yang hidup,Aku mengangkat tangan dan bersumpah
41. bahawa Aku akan mengasah pedang-Ku yang berkilauan,dan menegakkan keadilan.Aku akan membalas dendam terhadap musuh-Ku,dan menghukum orang yang membenci Aku.
42. Anak panah-Ku akan dilumuri darah mereka,dan pedang-Ku akan membunuh semua orang yang menentang Aku.Tidak seorang pun yang melawan Aku akan hidup;bahkan orang terluka dan orang tawanan pun akan mati.’