Ulangan 32:24-35 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

24. Mereka akan mati kerana demam dan kelaparan;mereka akan mati kerana penyakit yang mengerikan.Aku akan mendatangkan binatang buas untuk menerkam mereka,dan ular berbisa untuk mematuk mereka.

25. Peperangan akan membawa maut di jalan-jalan raya,kengerian akan menimpa orang di rumah-rumah.Orang muda, lelaki dan perempuan akan mati,bayi dan orang tua juga tidak terkecuali.

26. Aku seharusnya membinasakan mereka semua,supaya tidak seorang pun ingat akan mereka.

27. Tetapi Aku tidak dapat membiarkan musuh membanggakan diri,bahawa merekalah yang mengalahkan umat-Ku,sedangkan Akulah yang menghancurkan umat-Ku.’

28. Israel suatu bangsa yang tidak ada pengetahuan;mereka sama sekali tidak ada kebijaksanaan.

29. Mereka tidak tahu mengapa mereka dikalahkan,mereka tidak dapat memahami apa yang sudah berlaku.

30. Mengapakah seribu orang dikalahkan oleh seorang,dan sepuluh ribu orang dikalahkan hanya oleh dua orang?TUHAN, Allah mereka sudah meninggalkan mereka;Allah mereka yang perkasa sudah menyerahkan mereka kepada musuh.

31. Musuh Israel tahu bahawa pelindung mereka lemah,tidak perkasa seperti Allah, Pelindung Israel.

32. Musuh Israel jahat seperti Sodom dan Gomora,seperti pokok anggur yang pahit dan beracun buahnya,

33. seperti wain yang dibuat daripada racun ular berbisa.

34. TUHAN ingat akan perbuatan musuh umat-Nya;Dia menantikan masa yang tepat untuk menghukum mereka.

35. TUHAN akan membalas dendam dan menghukum mereka;masanya akan tiba apabila mereka jatuh dan binasa,hari kehancuran mereka segera tiba.

Ulangan 32