Ulangan 32:17-30 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

17. Mereka mempersembahkan korban kepada roh-roh jahat, dan bukan kepada Allah,tuhan-tuhan baru yang tidak dikenal oleh nenek moyang mereka,dewa-dewa yang tidak pernah ditaati oleh Israel.

18. Mereka lupa akan Allah, Penyelamat yang perkasa,Dia yang memberi mereka kehidupan.

19. Apabila TUHAN melihat hal itu, Dia murka,anak-anak-Nya lelaki dan perempuan, ditolak oleh-Nya.

20. ‘Aku tidak mahu menolong mereka lagi,’ firman-Nya,‘Aku hendak melihat apa yang akan berlaku kepada mereka,umat yang degil dan tidak setia.

21. Mereka menyebabkan Aku cemburukepada yang bukan Allah,dan murka kepada patung berhala mereka.Oleh itu Aku akan menyebabkan mereka marahterhadap yang bukan bangsa.Aku akan menyebabkan mereka cemburuterhadap bangsa yang bodoh.

22. Kemurkaan-Ku akan bernyala-nyala seperti api,dan membakar segala sesuatu di atas bumi.Api itu akan turun ke dunia orang mati,dan menghanguskan akar gunung-gunung.

23. Aku akan menimpakan bencana yang tidak habis-habis kepada mereka,dan membidikkan semua anak panah-Ku kepada mereka.

24. Mereka akan mati kerana demam dan kelaparan;mereka akan mati kerana penyakit yang mengerikan.Aku akan mendatangkan binatang buas untuk menerkam mereka,dan ular berbisa untuk mematuk mereka.

25. Peperangan akan membawa maut di jalan-jalan raya,kengerian akan menimpa orang di rumah-rumah.Orang muda, lelaki dan perempuan akan mati,bayi dan orang tua juga tidak terkecuali.

26. Aku seharusnya membinasakan mereka semua,supaya tidak seorang pun ingat akan mereka.

27. Tetapi Aku tidak dapat membiarkan musuh membanggakan diri,bahawa merekalah yang mengalahkan umat-Ku,sedangkan Akulah yang menghancurkan umat-Ku.’

28. Israel suatu bangsa yang tidak ada pengetahuan;mereka sama sekali tidak ada kebijaksanaan.

29. Mereka tidak tahu mengapa mereka dikalahkan,mereka tidak dapat memahami apa yang sudah berlaku.

30. Mengapakah seribu orang dikalahkan oleh seorang,dan sepuluh ribu orang dikalahkan hanya oleh dua orang?TUHAN, Allah mereka sudah meninggalkan mereka;Allah mereka yang perkasa sudah menyerahkan mereka kepada musuh.

Ulangan 32