3. Kamu sudah nampak wabak yang dahsyat, mukjizat, dan keajaiban yang dilakukan TUHAN.
4. Tetapi sampai hari ini Dia masih belum membolehkan kamu memahami semua yang sudah kamu alami.
5. Selama empat puluh tahun ketika TUHAN memimpin kamu melalui padang gurun, pakaian dan kasut kamu tidak usang.
6. Kamu tidak mempunyai roti untuk makanan, wain atau minuman keras untuk minuman, tetapi TUHAN menyediakan segala keperluan kamu supaya kamu tahu bahawa Dialah Allah kamu.