Ulangan 29:1-4 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Inilah syarat-syarat perjanjian yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, untuk dibuat dengan umat Israel semasa mereka di tanah Moab. Perjanjian itu merupakan tambahan kepada perjanjian yang dibuat oleh TUHAN dengan mereka di Gunung Sinai.

2. Musa menyuruh semua orang Israel berkumpul lalu berkata kepada mereka, “Kamu sendiri melihat apa yang sudah dilakukan TUHAN terhadap raja Mesir, pegawai-pegawainya, dan seluruh negerinya.

3. Kamu sudah nampak wabak yang dahsyat, mukjizat, dan keajaiban yang dilakukan TUHAN.

4. Tetapi sampai hari ini Dia masih belum membolehkan kamu memahami semua yang sudah kamu alami.

Ulangan 29