13. Apabila kutuk diucapkan, suku Ruben, Gad, Asyer, Dan, Zebulon, dan Naftali harus berdiri di atas Gunung Ebal.
14. Orang Lewi harus mengucapkan kata-kata berikut dengan suara kuat:
15. ‘Terkutuklah orang yang membuat berhala daripada batu, kayu, atau logam, lalu menyembahnya dengan sembunyi-sembunyi. TUHAN membenci penyembahan berhala.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
16. ‘Terkutuklah orang yang menghina ibu atau bapa mereka.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
17. ‘Terkutuklah orang yang memindahkan penanda sempadan tanah jiran mereka.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
18. ‘Terkutuklah orang yang menyesatkan orang buta.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
19. ‘Terkutuklah orang yang merampas hak orang asing, anak yatim piatu, dan balu.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
20. ‘Terkutuklah orang yang mempermalukan bapa mereka kerana menyetubuhi salah seorang isteri bapa mereka.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
21. ‘Terkutuklah orang yang melakukan hubungan jenis dengan binatang.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
22. ‘Terkutuklah orang yang bersetubuh dengan saudara perempuan sekandung, ataupun dengan saudara perempuan tiri.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
23. ‘Terkutuklah orang yang bersetubuh dengan ibu mentua mereka.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
24. ‘Terkutuklah orang yang melakukan pembunuhan dengan sembunyi-sembunyi.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
25. ‘Terkutuklah orang yang menerima upah untuk membunuh orang yang tidak bersalah.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’
26. ‘Terkutuklah orang yang tidak mentaati hukum dan ajaran Allah.’Semua orang akan menjawab, ‘Amin!’ ”