Ulangan 25:5-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. “Jika dua orang saudara tinggal bersama-sama, lalu seorang meninggal tanpa mempunyai anak lelaki, balunya tidak boleh berkahwin dengan orang lain di luar keluarga mendiang suaminya. Saudara orang yang sudah meninggal itu wajib mengahwini balu itu.

6. Anak lelaki sulung mereka itu harus dianggap sebagai anak orang yang sudah meninggal, supaya dia mempunyai keturunan di kalangan bangsa Israel.

7. Tetapi jika saudara orang yang sudah meninggal itu tidak mahu berkahwin dengan balu itu, balu itu harus pergi kepada para pemimpin kota dan berkata, ‘Saudara mendiang suami saya tidak mahu melakukan kewajipannya. Dia tidak mahu memberi saudaranya keturunan di kalangan bangsa Israel.’

Ulangan 25