1. “Pada akhir setiap tahun ketujuh, hapuskanlah hutang orang yang berhutang wang kepada kamu.
2. Beginilah caranya: Setiap orang Israel yang sudah meminjamkan wang kepada sesama orang Israel, mesti menghapuskan hutang itu. Dia tidak boleh menagih hutang itu, kerana menurut keputusan TUHAN sendiri, hutang itu sudah dihapuskan.
3. Kamu boleh menagih wang yang dipinjam oleh orang asing, tetapi kamu tidak boleh menagih wang yang dipinjam oleh sesama bangsa kamu.
4. TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu di tanah yang diberikan-Nya kepada kamu. Tidak seorang pun daripada bangsa kamu akan menjadi miskin,