20. Hormatilah TUHAN, Allah kamu, dan beribadatlah kepada Dia sahaja. Setialah kepada-Nya dan bersumpahlah demi nama-Nya sahaja.
21. Pujilah Dia kerana Dia Allah kamu, dan dengan mata sendiri, kamu sudah menyaksikan perkara-perkara besar dan mengagumkan yang dilakukan-Nya untuk kamu.
22. Ketika nenek moyang kamu pergi ke Mesir, bilangan mereka hanya tujuh puluh orang, tetapi sekarang TUHAN, Allah kamu sudah menjadikan kamu sebanyak bintang di langit.”