15. Lalu mereka memuji Allah Yang Maha Tinggi.“Terpujilah Engkau, ya Allah!Semoga umat-Mu memuji Engkau selama-lamanya;semoga mereka memuji Engkau dengan hati yang murni.
16. Terpujilah Engkau kerana telah menggembirakan aku;Kauperlakukan kami dengan belas kasihan-Mu yang besar;ternyata apa yang kutakuti tidak terjadi.
17. Terpujilah Engkau, ya Tuhan,oleh sebab Engkau mengasihani kedua-dua orang anak tunggal itu.Kasihanilah dan lindungilah mereka,supaya mereka tetap hidup gembira dalam kasih sayang.”
18. Lalu Raguel menyuruh pelayan-pelayannya menutup lubang kuburan itu sebelum matahari terbit.
19. Sesudah itu Raguel menyuruh isterinya membuat banyak roti. Dia sendiri pergi ke tempat kawanan ternakannya dan kembali membawa dua ekor lembu jantan dan empat ekor domba jantan. Disuruhnya pelayan-pelayannya memotong ternakan itu dan mempersiapkan pesta perkahwinan.