Tobit 8:14-17 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Dia segera keluar dan memberitahu Raguel dan Edna bahawa Tobias masih hidup dan tidak cedera.

15. Lalu mereka memuji Allah Yang Maha Tinggi.“Terpujilah Engkau, ya Allah!Semoga umat-Mu memuji Engkau selama-lamanya;semoga mereka memuji Engkau dengan hati yang murni.

16. Terpujilah Engkau kerana telah menggembirakan aku;Kauperlakukan kami dengan belas kasihan-Mu yang besar;ternyata apa yang kutakuti tidak terjadi.

17. Terpujilah Engkau, ya Tuhan,oleh sebab Engkau mengasihani kedua-dua orang anak tunggal itu.Kasihanilah dan lindungilah mereka,supaya mereka tetap hidup gembira dalam kasih sayang.”

Tobit 8