1. Selesai makan minum, tibalah saatnya untuk tidur, dan ibu bapa Sara menghantar Tobias ke bilik tidur yang disiapkan itu.
2. Tobias ingat akan pesan Rafael, maka diambilnya jantung dan hati ikan dari dalam kantung yang dibawanya, lalu ditaruhnya di tempat pembakaran kemenyan.
3. Bau ikan mengganggu syaitan, sehingga dia lari ke Mesir. Tetapi Rafael mengejarnya dan menangkapnya di sana dan segera membelenggu tangan dan kakinya.
4. Ketika Tobias dan Sara berdua sahaja di dalam bilik yang terkunci, Tobias bangkit dari tempat tidur dan berkata kepada isterinya, “Bangunlah, kekasihku. Mari kita berdoa memohon belas kasihan dan perlindungan Tuhan.”
5. Maka bangunlah Sara, dan mereka bersama-sama berdoa memohon perlindungan Allah. Tobias berdoa begini,“Terpujilah Engkau, ya Allah leluhur kami!Semoga nama-Mu dipuji selama-lamanyaoleh segala ciptaan-Mu di syurga dan di bumi.
6. Engkau telah mencipta Adam;Kauberi kepadanya Hawa menjadi isterinyauntuk menolong dan menopang dia;mereka menjadi nenek moyang umat manusia.Engkau berkata, ‘Tidak baik jika manusia itu bersendirian;dia akan Kuberikan pembantu yang sepadan.’
7. Ya Tuhan, sekarang Sara kuambil sebagai isteri,dengan segala ketulusan hati,dan bukan kerana nafsu berahi.Sudilah mengasihani kami berdua,supaya kami tetap bersatu sehingga tua.”
8. Mereka serentak mengucapkan “Amin,”
9. lalu tidur sepanjang malam.
10. Malam itu Raguel bangun. Dia memanggil pelayan-pelayannya, lalu pergi bersama mereka menggali lubang kuburan, kerana dia berfikir, “Jangan-jangan Tobias mati, dan kita menjadi bahan tertawaan orang.”
11. Selesai menggali lubang, Raguel masuk ke dalam rumah dan berkata kepada isterinya,
12. “Suruhlah pelayan perempuan masuk untuk melihat apakah Tobias masih hidup. Kalau dia sudah mati, baiklah kita kuburkan dia sebelum diketahui orang.”
13. Lalu mereka menyuruh pelayan perempuan membawa lampu dan membuka pintu untuk melihat Tobias masih hidup ataupun tidak. Apabila pelayan itu masuk, dilihatnya kedua-dua orang itu sedang tidur nyenyak.
14. Dia segera keluar dan memberitahu Raguel dan Edna bahawa Tobias masih hidup dan tidak cedera.
15. Lalu mereka memuji Allah Yang Maha Tinggi.“Terpujilah Engkau, ya Allah!Semoga umat-Mu memuji Engkau selama-lamanya;semoga mereka memuji Engkau dengan hati yang murni.