1. Pada hari itu juga Tobit teringat akan wang yang diamanahkannya pada Gabael di Ragai, di negeri Media.
2. Katanya dalam hati, “Aku sudah minta kepada Tuhan supaya aku mati saja. Baiklah kupanggil anakku Tobias dan kuceritakan kepadanya tentang wang itu sebelum aku mati.”
5. Nak, ingatlah kepada Tuhan, Allahmu selama hidupmu. Jangan berdosa dan jangan langgar perintah-perintah-Nya. Lakukanlah selalu apa yang baik dan benar, dan jangan libatkan dirimu dalam kejahatan,
6. kerana orang yang melakukan yang benar akan berhasil dalam segala usaha mereka.
7. Berilah sedekah dengan murah hati kepada sesiapa yang setia mentaati Allah. Jangan menyesal apabila memberi sedekah. Jika engkau tak memperhatikan orang miskin, Allah pun tak akan memperhatikan engkau.
8. Berilah sedekah menurut kemampuanmu. Semakin banyak milikmu, semakin banyak pula yang harus kauberikan sebagai sedekah. Tapi, walaupun rezekimu sedikit, jangan takut untuk memberi,
9. oleh sebab dengan memberi engkau menabung harta yang berharga bagi masa kesulitan.
10-11. Memang berbuat baik kepada orang miskin adalah korban yang diperkenankan Allah Yang Maha Tinggi. Lakukanlah hal itu, maka engkau akan terlepas daripada kegelapan maut.
12. Nak, jagalah dirimu terhadap pelacur-pelacur. Yang penting, engkau harus mengambil isteri daripada suku kita sendiri, oleh sebab kita ini keturunan nabi-nabi. Jangan peristeri orang yang bukan daripada suku kita. Ingatlah bahawa leluhur kita Nuh, Abraham, Ishak dan Yakub, semuanya berkahwin dengan sanak saudara mereka. Maka Allah memberkati mereka sehingga anak mereka banyak dan keturunan mereka mewarisi tanah Israel.
13. Oleh itu cintailah sanak saudaramu. Jangan terlalu sombong untuk mengambil seorang gadis di kalangan mereka untuk menjadi isterimu. Kebongkakan membawa kekecewaan besar dan kebinasaan, seperti juga kemalasan mengakibatkan kemiskinan dan kelaparan.