Tobit 3:1-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Bukan main sedihnya hati saya, sehingga saya menangis. Lalu dengan berkeluh-kesah saya berdoa begini,

2. “Engkau adil, ya Tuhan.Engkau berbelas kasihan dalam semua perbuatan-Mudan setia dalam semua tindakan-Mu;Engkaulah yang menghakimi alam semesta.

3-4. Perlakukanlah aku dengan baikdan jangan hukum aku kerana dosa-dosaku,dan dosa-dosa yang tersembunyi.Nenek moyangku memberontak dan melanggar perintah-Mu;janganlah hukum aku kerana dosa-dosa mereka.Kaubiarkan kami dirompak, ditawan dan dibunuh,disindir, diejek, dan dihinadi negeri-negeri tempat kami dalam pembuangan.

5. Tepatlah semua hukuman-Mu,apabila Engkau menghukum kami kerana kesalahan kami.Kami tidak setia; kami menolak perintah-Mudan tidak hidup semestinya di hadapan-Mu.

6. Sekarang perlakukanlah aku sesuka hati-Mu,cabutlah nyawaku supaya aku hilang dari muka bumi,dan kembali menjadi debu.Mati lebih baik bagiku daripada hidup,kerana aku terus difitnah dan dihina,dan hatiku sangat sedih.Ya Tuhan, biarlah semua kesusahan ini berakhir;bawalah aku ke kediaman abadi.Janganlah Engkau tolak doaku,ya Tuhan,kerana lebih baik aku matidaripada hidup sengsara dan terus dinista.”

7. Pada hari itu juga di kota Ekbatana di Media, Sara anak perempuan Raguel dihina oleh pelayan wanita bapanya.

8. Sara sudah berkahwin tujuh kali, tetapi setiap kali sebelum dapat bersetubuh, Asmodeus, syaitan jahat, membunuh suaminya. Maka pelayan itu berkata kepada Sara, “Engkau sendiri yang membunuh suami-suamimu! Engkau sudah dikahwinkan dengan tujuh orang, tetapi semuanya mati sebelum dapat hidup bersamamu.

9. Mengapa engkau menghukum kami kerana kematian mereka? Lebih baik engkau sendiri pergi menyusul mereka, supaya kami tak akan melihat seorang pun anakmu!”

Tobit 3