13. Setibanya di rumah, anak kambing itu mula mengembik. Saya memanggil isteri saya dan bertanya, “Dari mana kambing itu? Adakah engkau mencurinya? Kembalikan kepada pemiliknya! Kita tak boleh makan barang curian.”
14. Isteri saya menjawab, “Kambing ini hanya upah tambahan.” Tetapi saya tidak percaya. Perbuatan isteri saya membuat muka saya merah padam kerana malu. Saya menyuruh dia mengembalikan anak kambing itu kepada pemiliknya, tetapi dia membantah. “Sekarang nyatalah sifatmu yang sebenarnya!” teriaknya. “Mana kebaikanmu? Mana amalmu?”