Tobit 13:15-18 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

15. Bersukacitalah dan bersoraklah, hai Yerusalem,kerana pendudukmu yang melakukan yang benar.Mereka akan pulang daripada pembuangandan menyanyikan pujian bagi Tuhan.Berbahagialah orang yang mencintai engkaudan yang gembira melihat kesejahteraanmu.

16. Berbahagialah orang yang menangis kerana penderitaanmu,kerana mereka akan melihat sukacitamudan bergembira untuk selama-lamanya.Aku memuji Allah, Raja Yang Agung,

17. kerana Yerusalem akan dibina semulamenjadi kediaman-Nya yang abadi.Yerusalem, betapa gembiranya hatiku,apabila keturunanku dapat melihat kemegahanmudan bersyukur kepada Raja Yang Maha Tinggi.Gerbangmu daripada zamrud dan nilam,tembokmu daripada batu permata.Menara-menaramu daripada emasdan kubu-kubumu daripada emas murni.Jalan-jalanmu dilapis dengan batu delimadan batu-batu permata yang berharga.

18. Dari gerbang-gerbangmu terdengar lagu-lagu gembiradan dari rumah-rumahmu orang akan berseru,‘Terpujilah Tuhan! Terpujilah Allah Israel!’Orang yang diberkati Allah Yang Suciakan memuji-Nya untuk selama-lamanya.”

Tobit 13