Tobit 12:5-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Lalu Tobias memanggil Rafael dan berkata kepadanya, “Terimalah sebagai upahmu separuh daripada segalanya yang kita bawa. Lalu engkau boleh pergi dengan selamat.”

6. Tetapi Rafael memanggil Tobit dan Tobias berdua sahaja, dan berkata kepada mereka, “Pujilah Allah, dan ceritakanlah segala kebaikan yang telah dilakukan-Nya bagimu kepada semua orang, supaya mereka pun memuji dan memuliakan-Nya. Beritakanlah perbuatan Allah sebagaimana layaknya kepada semua orang. Pujilah Dia dengan tiada henti-hentinya.

7. Memang baik menyimpan rahsia raja, tetapi perbuatan Allah harus diberitakan dan dipuji.Lakukanlah yang baik, maka kamu tidak akan ditimpa malapetaka.

Tobit 12