Raguel sudah berjanji dengan sumpah bahawa pesta perkahwinan anaknya akan dilangsungkan selama dua minggu. Sesudah pesta itu selesai, Tobias berkata kepada Raguel, “Izinkanlah saya pulang sekarang. Ibu bapa saya pasti sudah khuatir dan tak berharap lagi akan melihat saya. Saya sudah menceritakan kepada bapa bagaimana keadaan ayah saya waktu saya meninggalkan rumah.”