Tobit 10:10-12 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

10. Lalu Raguel bangkit dan menyerahkan Sara, anaknya, kepada Tobias, serta separuh daripada miliknya, iaitu hamba abdi, lembu, domba, keldai, unta, pakaian, wang, dan perabotnya.

11. Demikianlah dia mengizinkan mereka pergi dengan sihat walafiat. Dia memberi salam kepada mereka, katanya, “Selamat jalan, nak. Semoga Tuhan Yang Maha Tinggi memberkati engkau dan Sara. Semoga aku masih hidup untuk melihat anak-anak kamu.”

12. Lalu Raguel berkata kepada Sara, “Pergilah kepada mentuamu. Mulai sekarang mereka menjadi ibu bapamu dan engkau anak mereka. Selamat jalan, anakku. Biarlah aku mendengar yang baik-baik saja tentang engkau selagi aku masih hidup.” Lalu dia memeluk mereka dan melepaskan mereka pergi.

Tobit 10