Sirakh 9:1-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Jangan cemburu kepada isterimu, kerana dengan demikian engkau mengajar dia berbuat jahat kepadamu.

2. Jangan serahkan dirimu kepada seorang wanita, nanti dia menguasai engkau.

3. Jauhilah perempuan pelacur, supaya engkau jangan jatuh ke dalam perangkap mereka.

4. Jangan bergaul dengan penari perempuan, nanti engkau terjerat oleh pujukan mereka.

5. Jangan pandang seorang gadis dengan ghairah, nanti engkau kena hukuman kerana dia.

6. Jangan serahkan dirimu kepada seorang perempuan pelacur, nanti engkau kehilangan segala milikmu.

7. Jangan pandang keliling di jalan-jalan di kota, atau mengembara di bahagian kota yang sunyi.

Sirakh 9