26. Jika engkau mempunyai isteri yang baik, janganlah ceraikan dia. Tetapi jangan serahkan dirimu kepada seorang yang tidak kaucintai.
27. Hormatilah bapamu dengan segenap hatimu, dan jangan lupakan penderitaan ibumu pada waktu melahirkan engkau.
28. Ingatlah bahawa engkau anak mereka. Bagaimanakah akan kaubalas segala jasa mereka?
29. Hendaklah engkau takut kepada Tuhan dengan segenap hatimu dan hormatilah imam-imam-Nya.
30. Cintailah Penciptamu dengan seluruh kekuatanmu, dan jangan lalaikan orang yang melakukan pelayanan-Nya.
31. Agungkanlah Tuhan dan hormatilah imam-imam. Berilah mereka apa yang diperintahkan kepadamu: hasil tanah yang pertama, korban untuk mengampunkan dosa, paha binatang korban, serta semua korban dan persembahan lain yang ditentukan.
32. Tolonglah orang miskin, maka engkau akan menerima berkat Tuhan dengan limpah.
33. Hendaklah engkau bermurah hati kepada setiap makhluk hidup, dan orang mati pun jangan kaukecualikan.
34. Bersedihlah dengan orang yang sedih dan berdukacitalah dengan orang yang berdukacita.
35. Jangan segan menengok orang sakit, oleh sebab engkau akan dikasihi kerana perbuatan seperti itu.
36. Dalam segala tindakanmu, jangan lupa bahawa pada suatu ketika engkau akan mati, maka untuk selamanya engkau tidak akan berdosa.