Sirakh 51:9-29 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Lalu dari bumi aku memohon kepada-Mudan berdoa supaya dilepaskan daripada maut.

10. Kumohon kepada-Mu, ya Bapaku,janganlah tinggalkan aku dalam kesusahanku,waktu aku tidak berdaya menghadapi musuh yang bongkak.

11. Aku mahu memuji Engkau selaludan menyanyikan lagu kesyukuran bagi-Mu,kerana Engkau telah mendengar doaku,

12. dan menyelamatkan aku daripada kebinasaanserta melepaskan aku daripada kemalangan.Maka aku bersyukur dan memuji Engkau;ya Tuhan, aku memuliakan Engkau.

15. Sejak muda aku bergembira atas kebijaksanaan yang berkembang seperti buah anggur yang menjadi masak. Sejak kecil aku biarkan diriku dibimbing oleh kebijaksanaan.

16. Baru sahaja aku mula mendengarkannya, aku mendapat kebijaksanaan dan banyak pengajaran.

17. Aku terus maju dan menghormati orang yang telah memberi aku kebijaksanaan.

18. Aku bertekad untuk hidup bijaksana. Dengan giat aku mencari apa yang baik, dan aku tidak kecewa.

19. Aku berjuang untuk memperoleh kebijaksanaan dan dengan cermat mentaati hukum Tuhan. Waktu berdoa, aku berasa sedih kalau menyedari bahawa aku masih kurang bijaksana.

20. Tetapi aku berkeras hati untuk memperoleh kebijaksanaan. Aku menemukannya dengan jalan menjauhkan diri daripada dosa. Sejak permulaan bersama kebijaksanaan aku memperoleh pengertian, dan kerananya aku tidak pernah ditinggalkan.

21. Oleh sebab hasratku untuk memilikinya, aku telah mendapatnya dengan berlimpah-limpah.

22. Tuhan mengganjari aku dengan memberi aku kepandaian bertutur, dan aku mahu menggunakannya untuk memuji Dia.

23. Datanglah kepadaku, hai kamu sekalian yang belum diajar, dan belajarlah di sekolahku.

24. Mengapa kamu masih kekurangan pengajaran, padahal kamu sangat merindukannya?

25. Dengarlah kata-kataku: Tidak perlu wang untuk menjadi bijaksana,

26. asal mahu belajar dan tidak segan bersusah-susah. Kesempatan selalu ada.

27. Lihatlah sendiri; dengan berusaha sedikit sahaja, aku sudah mendapat ketenangan besar.

28. Walaupun kamu harus bersusah payah, hasil yang kamu perolehi jauh lebih banyak daripada usahamu.

29. Bergembiralah selalu kerana belas kasihan Tuhan dan jangan malu memuji-Nya.

Sirakh 51