Sirakh 51:1-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Aku bersyukur kepada-Mu, ya Tuhan dan Raja,kupuji Engkau, ya Allah dan Penyelamatku.Aku bersyukur kepada-Mu

2. kerana Engkau menolong dan melindungi aku.Engkau telah menyelamatkan aku daripada kematian,daripada fitnah dan dusta yang mencelakakan.Di hadapan musuh-musuhkuEngkau telah menolong aku.

3. Kerana belas kasihan-Mu yang besardan demi nama-Mu, Kauselamatkan akudaripada musuh yang mahu menerkam aku,daripada tangan lawan yang mahu membunuh aku,daripada kesusahan besar yang menimpa diriku,

4. daripada mati lemas kerana api yang mencekik di sekelilingku,dari tengah api yang tidak kunyalakan,

5-6. daripada penipu dan pendusta,daripada fitnah yang disampaikan kepada raja,daripada maut yang mendekatdan dari liang kubur yang menganga.

7. Aku dikepung dari semua tempat;kucari seorang penolong, tetapi tidak mendapat seorang pun.

8. Maka aku ingat belas kasihan-Mu, ya Tuhan,dan perbuatan-Mu pada masa yang silam.Aku ingat bahawa Engkau membebaskan orangyang percaya kepada-Mu,dan menyelamatkan mereka daripada musuh.

13-14. Waktu aku masih muda, sebelum memulai perjalanan-perjalananku, aku pergi ke Rumah Allah dan berdoa dengan sungguh-sungguh memohon kebijaksanaan. Aku akan tetap mencarinya hingga akhir hidupku.

Sirakh 51