Sirakh 51:1-11 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Aku bersyukur kepada-Mu, ya Tuhan dan Raja,kupuji Engkau, ya Allah dan Penyelamatku.Aku bersyukur kepada-Mu

2. kerana Engkau menolong dan melindungi aku.Engkau telah menyelamatkan aku daripada kematian,daripada fitnah dan dusta yang mencelakakan.Di hadapan musuh-musuhkuEngkau telah menolong aku.

3. Kerana belas kasihan-Mu yang besardan demi nama-Mu, Kauselamatkan akudaripada musuh yang mahu menerkam aku,daripada tangan lawan yang mahu membunuh aku,daripada kesusahan besar yang menimpa diriku,

4. daripada mati lemas kerana api yang mencekik di sekelilingku,dari tengah api yang tidak kunyalakan,

7. Aku dikepung dari semua tempat;kucari seorang penolong, tetapi tidak mendapat seorang pun.

8. Maka aku ingat belas kasihan-Mu, ya Tuhan,dan perbuatan-Mu pada masa yang silam.Aku ingat bahawa Engkau membebaskan orangyang percaya kepada-Mu,dan menyelamatkan mereka daripada musuh.

9. Lalu dari bumi aku memohon kepada-Mudan berdoa supaya dilepaskan daripada maut.

10. Kumohon kepada-Mu, ya Bapaku,janganlah tinggalkan aku dalam kesusahanku,waktu aku tidak berdaya menghadapi musuh yang bongkak.

11. Aku mahu memuji Engkau selaludan menyanyikan lagu kesyukuran bagi-Mu,kerana Engkau telah mendengar doaku,

Sirakh 51