1. Jangan bergantung kepada kekayaan dan jangan jadikannya jaminan hidupmu.
2. Jangan ikut setiap kecenderungan walaupun engkau mampu, dan jangan ikuti hawa nafsumu.
3. Jangan berkata, “Tak ada yang berkuasa atas diriku.” Nanti engkau dihukum oleh Tuhan dengan berat.
4. Jangan berkata, “Memang aku sudah berdosa, tetapi aku tak akan dihukum kerana Tuhan sabar.”
5. Jangan lakukan dosa demi dosa kerana yakin bahawa engkau pasti diampuni Tuhan.