12. Begitu juga Yosua anak Yozadak. Pada zamannya Rumah Allah yang suci dibina semula dan diperuntukkan bagi keagungan untuk selama-lamanya.
13. Nehemia pun sangat termasyhur kenangannya. Tembok-tembok Yerusalem yang runtuh dibina semula bagi kita. Dipasangnya pintu-pintu gerbang serta palang pintu. Juga rumah-rumah kita dibinanya semula.
14. Di dunia tidak ada orang seperti Henokh, kerana dia diangkat dari bumi ini.
15. Belum pernah dilahirkan seorang seperti Yusuf, pemimpin saudara-saudaranya dan penyokong bangsanya. Bahkan tulang-tulangnya diperhatikan orang.
16. Sem dan Set juga terhormat, tetapi di kalangan semua makhluk hidup, tidak ada yang lebih agung daripada Adam.